Agen Topup Ezytopup Topup Business most beneficial | Sell Prepaid As Low As RM3

Sponsored Advertisement


Ezytopup Member Get Member - RM10 Komisyen



125
125



Chit – Chat


Penafian

Untuk pengetahuan, saya merupakan Master Agen (orang ketiga) yang diberi kebenaran untuk melakukan promosi dan pendaftaran agen.

Manakala penambahan modal dikendalikan oleh MOMEY RESOURCE dan server dibawah pengurusan ZM ESAY MOBILE.


Oleh itu:
1. Saya tidak akan bertanggungjawab keatas mana - mana kerugian yang berlaku diantara ANDA dengan kedua - dua pihak syarikat.


2. Saya juga tidak bertanggungjawab keatas modal yang telah dimasukkan ke dalam akuan syarikat MOMEY RESOURCE.


3. Jika saya mendapati pihak syarikat telah ditutup dan dikatakan "SCAM", secara automatik PENDAFTARAN akan diberhentikan dan YURAN PENDAFTARAN (bagi pendaftaran yang belum berjaya) akan dikembalikan.


4. Jangan salahkan saya sekiranya tiba-tiba syarikat ditutup dan anda mengalami kerugian, kerana saya juga seperti anda tiada tahu menahu tentang pengurusan syarikat kerana tidak berkerja di sana.

HUBUNGI

Untuk bantuan Pendaftaran:
Tel:
CELCOM: 013-9167380
DiGi: 014-9248380
(SMS ONLY)
Nama:
Wan Mohd Asyarf
(MASTER AGENT)
e-mail:
mamat.net@gmail.com

YM:
blazekid05


Untuk penambahan/masalah modal:
Tel: 013-6290310
Nama: En. Muhaimin (Admin Syarikat)


Untuk masalah transaksi topup:
Tel: 013-6290310 (CUSTOMER SERVICE)

NOMBOR SERVER

019-6320130 new_small
017-8856355 new_small

016-3507317 new_small

Penambahan Modal

PENAMBAHAN MODAL BOLEH DILAKUKAN SETIAP HARI DARIPADA 9 PAGI SEHINGGA 8 MALAM.

KAMI MENERIMA




KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Pendaftaran

PENDAFTARAN AGEN BOLEH DILAKUKAN SETIAP HARI DARIPADA 9 PAGI SEHINGGA 11 MALAM.

KAMI MENERIMA



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

 

March 2010
S M T W T F S
« Jul    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Categories

UserOnline

  • FAQ

    Bahagian ini merupakan soal jawab yang berlaku antara aku dengan pelanggan dan agen ezytopup yang pernah SMS kepada aku. Mungkin kebanyakan soalan di sini boleh memberi jawapan kepada mereka yang ingin berdaftar selepas ini.

    S1: Ezytopup ini ada jual C3 dan M3 ye?Betul ke dia punya keuntungan sampai 50sen.

    Betul tu, ezytopup ada menjual produk C3(RM3) dan M3(RM3). Keuntungan 50sen akan diberi bila anda memberi topup/reload Celcom RM10 kerana keuntungan Celcom adalah 5%.

    S2:Perniagaan ni kena ada Hotlink je ke?Celcom tak boleh ke?

    Kami menerima semua jenis nombor. Tak kira anda pakai nombor Celcom,Maxis,Digi dan Umobile semua boleh daftar.

    S3: Kalu saya register pakai nombor Hotlink dan kemudian saya nak tukar kepada Celcom, macam mana?Kena daftar baru ke?

    Saya rasa tiada masalah untuk bertukar kepada nombor lain dan saya rasa tidak perlu untuk membuat pemdaftaran baru, apa yang perlu anda buat adalah cuba hubungi admin di talian 013-6290310.

    S4:Boleh terangkan lagi pasal Ezytopup dengan jelas?Pasal cas dan sebagainya.

    Ezytopup ini dikendalikan oleh En Mohd Muhaimin dan nama syarikat dikenali sebagai Momey Resource yang bertapak di Batu Caves, Selangor. Untuk pengetahuan anda, cas yang dikenakan oleh pihak syarikat adalah, semak baki, tambah modal dan pendaftaran ID Yahoo Messenger (YM).

    S5:Modal untuk start bisnes ni berapa?Kena cari downline ke?

    Untuk memerlukan bisnes topup ini anda perlu modal sebanyak *RM20 dan modal permulaan jualan topup bergantung kepada kemampuan anda. Minima tambah modal adalah RM10 dan ke atas. Tidak, anda tidak perlu bersusah payah mencari downline kerana Ezytopup bukan berkonsep Multi Level Marketing(MLM).

    S6:Nombor telefon saya ini dah ada akaun topup dengan MyMode, tetapi lama tak guna. Boleh ke guna nombor ini untuk daftar?

    Ezytopup dan MyMode bukanlah dibawah satu cawangan, jadi anda boleh daftarkan nombor anda dengan Ezytopup.

    S7: Sever untuk topup ni kekadang ada masalah tak?Kalu saya berminat macam mana nak join?

    Itu saya tidak boleh jamin 100%. Sebab saya pernah alami dimana topup lambat sampai dan tidak masuk. Apa yang saya tahu, semua syarikat mengalami benda yang sama. Jadi tidak adil untuk mengatakan server syarikat saya ini adalah terbaik.

    Jika anda berminat untuk join, sila ke bahagian pendaftaran untuk langkah-langkah selanjutnya.

    S8:Bolehkah saya daftar menggunakan Postpaid?

    Untuk pengetahuan anda, nombor Postpaid juga boleh didaftarkan.

    S9:Nak tanya, berapa yuran untuk pendaftaran sebagai agen?

    Untuk pendaftaran agen, kami menyediakan banyak pakej untuk anda. Sila ke bahagian pendaftaran untuk anda pilih pakej yang anda kehendaki.

    S10:Apakah beza setiap pakej – pakej tersebut?

    Perbezaan bagi setiap – tiap pakej tersebut adalah pulangan modal permulaan kepada agen. Pakej “REG100″ memberi anda pulangan modal sebanyak RM20 untuk memberi peluang kepada agen untuk mencuba keberkesanan sistem Ezytopup ini.

    S11:Ada rakan saya nak register dibawah saya. Macam mana nak buat?

    Maaf sebagai agen biasa, anda tidak boleh menaja atau melantik rakan anda menjadi agen. Hanya Master Agen sahaja yang dapat berbuat demikian. Tetapi anda mempunyai pilihan kedua, iaitu memperkenalkan rakan anda kepada saya. Bagai mana caranya?Sila rujuk bahagian Insentif untuk maklumat lanjut.

    S12:Boleh bankin guna Maybank?Sebab dekat dengan rumah.

    Boleh. Kerana kami juga menyediakan akaun bank Maybank, CIMB, BankIslam dan BSN untuk memudahkan anda membuat pendaftaran dan penambahan modal.

    S13: Email admin ada tak?

    Ada, berikut merupakan e-mail admin.myprepaid2u@kombuchascoby.com

    S14:Macam mana pulak untuk kita tahu yang kita akan dapat komisyen?

    Komisyen topup akan diberi selepas anda membuat pembelian topup.Sekiranya anda membeli Celcom RM10, baki anda akan ditolak RM9.50 dan anda akan menerima wang daripada pelanggan adalah RM10 dan pelanggan akan menerima isi semula topup bernilai RM10.Oleh itu, anda telah pun mendapat keuntungan 50sen secara “realtime”.

    S15:Profit topup tak boleh naik lagi ke?Sikit sangat..

    Maaf, profit topup telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Jadi saya tiada kuasa untuk mengubahnya.

    S16:Berapakah komisyen kalau saya dapat daftarkan pelanggan/rakan menjadi agen Ezytopup.

    Anda akan mendapat komisyen daripada saya dari RM5 dan keatas bergantung kepada pakej yang diambil oleh pelanggan/rakan anda.Lagi tinggi yuran pendaftaran yang dipilih, makin tinggi komisyen yang diberi kepada anda.

    S17:Mahu tanya, Ezytopup boleh reload Maxis dan Celcom kat HP ke HP lain ke? Dari RM3 dapat hantar ke pelanggan?

    Ya. Ezytopup menyediakan autoreload Maxis, Celcom dan DiGi. Boleh jual Maxis dan Celcom dari RM3 dan keatas. Digi pula dari RM5 dan keats. Ye, topup terus dimasukkan/dihantar kepada pelanggan.

    S18:Andakah saya perlu menggunakan sim kad yang berbeza untuk setiap topup.

    Tidak perlu, anda hanya perlu menggunakan satu sim kad sahaja untuk menjual topup Celcom, Maxis, Digi, Italk dan Umobile. 5 in 1.

    S19:PIN ni boleh tukar kah?

    Pin ini tidak boleh ditukar. Harap maklum

    S20:Tambah modal hari Ahad dan public holiday boleh ke?

    Untuk pengetahuan anda, penambahan modal boleh dilakukan setiap hari bermula dari 9A.M sehingga 8P.M

    S21:Kenapa tolak 1 sen setiap kali tambah modal.

    Ya, setiap penambahan modal yang berjaya akaun anda akan di kenakan cas 1sen. Mungkin untuk menampung kos penyelenggaraan server.

    S22:Nak tanya, cara bayar melalui perpindahan akaun(fund transfer) boleh digunakan?

    Ya, cara tersebut boleh digunakan, apa yang penting ,nombor akuan,tarikh dan masa pembayaran diperlukan semasa pendaftaran atau penambahan modal.

    S23:Bila dah daftar, boleh login online? atau semua urusan dalam SMS?

    Bila dah daftar, anda boleh mula membuat jualan atau pembelian topup menggunakan SMS atau YM setelah anda memasukkan modal ke akaun syarikat. Syarikat tidak menyediakan laman web yang membolehkan anda login secara online untuk menyemak transaksi topup anda.

    S24:Modal dalam akaun akan tamat luput ke?

    Modal dalam akaun anda tidak akan tamat luput.

    S25: Kenapa tambah modal saya tidak ada responed?

    Proses penambahan modal yang dilakukan oleh admin mengambil masa sekurang – kurangnya 15minit hingga 90 minit bergantung kepada Internet Banking. Jika line tidak sibuk, maka urusan tambah modal akan berjalan lancar. Oleh sebab itu, sila beri masa untuk admin. Dan pastikan anda telah menghantar arahan SMS tambah modal ke nombor telefon admin (013-6290310), jangan hantar ke nombor server.

    S26:Tak akan ada double transaksi kan?

    Ya, tidak akan berlaku double transaksi untuk keselamatan jika anda terhantar arahan SMS dua kali. Jika nombor yang sama telah pun ditopup dengan nilai RM3, untuk topup seterusnya, nombor tersebut tidak boleh lagi topup RM3. Ini untuk mengelakan berlakunya double transaksi. Jika nombor tersebut ingin topup juga, anda kenalah topup dengan jumlah yang lain seperti RM5 dan sebagainya.

    S27:Kalau tambah modal sebelum jam 9A.M boleh ke?

    Saya rasa tidak menjadi masalah bagi admin, kerana admin akan proses pada hari itu juga tetapi mungkin selepas masuknya 9 A.M.Dan jika anda bankin selepas jam 8P.M maka,penambahan modal anda akan dilakukan besoknya.

    S28:Kalu reload secara online (internet) ke nombor pelanggan boleh juga ke?

    Ya, boleh. Anda boleh menggunakan YM untuk topup nombor pelanggan. Anda hanya perlu taip arahan SMS yang biasa anda taip pada HP anda pada YM dan tekan ENTER. Untuk pendaftaran YM, sila ke bahagian Format SMS.

    S29:Apakah kelebihan Master Agen dan Agen biasa?

    Diantara kelebihan Master Agen

    • Yuran Pendaftaran RM120 sahaja (seumur hidup)
    • Modal Permulaan Rm20.
    • Kadar keuntungan Celcom 5%,Maxis 2%, DiGi 1% , Umobile 3% & iTalk 9%.
    • Laporan transkasi setiap kali jualan dilakukan.
    • Yuran agen ditentukan sendiri oleh anda.
    • Agen anda akan memasukkan yuran pendaftaran ke akaun anda.
    • Yuran pendaftaran agen milik anda 100%.
    • Anda dapat mendaftarkan AGEN tanpa had secara percuma
    • Dapat SMS report transaksi
    • Support customer service 12jam/hari dari 9pg-9mlm
    • Cepat, pantas, dan tepat
    • Format sms mudah menggunakan HP Tiada cas tersembunyi
    • Komisyen RM50 bagi menaja seorang MASTER AGEN.

    Diantara kelebihan Agen Biasa

    • Yuran Pendaftaran (seumur hidup)
    • Modal Permulaan Diberi(berdasar pakej).
    • Kadar keuntungan Celcom 5%,Maxis 2%, DiGi 1% , Umobile 3% & iTalk 9%.
    • Laporan transkasi setiap kali jualan dilakukan.

    Untung keuntungan yang melipat ganda, jadi Master Agenlah.

    S30:Topup belum masuk, jadi macam mana?tetapi modal belum kena tolak pun

    Jika anda mengalami situasi begini, antara kemungkinannya adalah sms yang anda hantar ke nombor server tidak sampai, oleh sebab itu, anda disarankan untuk menghantar semula arahan sms yang telah anda hantar sebelum ini.

    S31:Kalau nak upgrade dari agen ke Master Agen boleh ke?

    Ya, boleh, anda boleh lakukan upgrade tersebut dengan membuat pembayaran sebanyak RM120. Modal permulaan sebanyak RM20 akan diberi kepada anda.

    S32:Berapakah komisyen jika menaja Master Agent

    Untuk pengetahuan anda, jika Master Agen memperkenalkan rakan menjadi Master Agen, master agen tersebut akan diberi komsiyen oleh pihak syarikat sebanyak RM50.

    S33:Selepas bankin pendaftaran, berapa lamakah masa untuk diaktifkan?

    Untuk pendaftaran, ia mengambil masa 15 minit hingga 2jam daripada masa anda menghantar arahan sms pendaftaran kepada saya. Jika saya mengambil masa yang lama untuk mendaftarkan anda, saya akan maklumkan kepada anda.

    S34:Adakah arahan jualan panjang?

    Tidak, arahan SMS kami adalah yang paling pendek dan simple. Contoh untuk reload celcom rm3, hanya perlu taip: C3.1039167380.1234

    S35:Daftar YM untuk topup pun kena potong RM1.00 ke?

    Ya. Untuk pendaftaran YM yang berjaya, akaun anda akan dikenakan cas sebanyak RM1.00.

    S36:Lepas masukkan duit register, apa maklumat yang saya perlu bagi kepada encik?

    Apa yang anda perlu beri adalah dengan menghantar arahan SMS pendaftaran seperti berikut:

    BANK.KODPAKEJ.TARIKH.MASA.REG.AGEN.NAMAANDA.NOTELEFON.1234

    CONTOH:

    MBB.REG20.030609.2.49PM.REG.AGEN.WAN MOHD ASYRAF.0139167380.1234

    S37:Saya lupa nombor ID, macam mana nak dapatkan balik?

    Untuk mendapatkan nombor ID anda, anda hanya perlu taip arahan untuk menyemak baki akaun anda.Tapi: BAKI.1234

    S38:Kalau ada topup yang masuk lambat macam mana nak semak atau batalkan?

    Saya rasa untuk semak dan batalkan adalah mustahil. Anda mungkin lambat mendapat mesej makluman bahawa topup anda telah berjaya. Cuma disebabkan anda lambat dapat mesej pemberitahuan menjadi masalah kepada anda untuk tahu, pelanggan dah dapat topup ke belum. Berdasarkan pengalaman saya, jika topup tidak masuk, anda akan menerima sms daripada server bahawasnya nombor yang ditopup belum dimasukkan.

    S39:Kalu nak topup yang sama dalam masa satu hari boleh ke?

    Boleh, jika jumlah nilai topup adalah lain. Jika sebelum ini dah topup RM3, maka RM3 tadi tak boleh ditopupkan lagi. Kena topup dengan angka lain seperti RM5. Jangan risau, benda ini bukan untuk selamanya, selepas pukul 12 malam atau keesokan harinya, anda boleh jual balik topup RM3 tadi kepada nombor yang sama. Apa yang perlu diingatkan adalah RM3 sekali sahaj untuk nombor yang sama.

    Ini baru mesej yang saya dapat melalui HP saya, belum lagi YM.Oleh itu kepada sesiapa yang mempunyai soalan yang ingin diutarakan, boleh komen di sini.

    No Comments

    Anda mungkin juga meminati:

 
Your Ad Here

Website ini adalah website persendirian Master Agen. Ianya bertujuan untuk promosi semata-mata.
Ini bukan laman web Utama Syarikat.

Penambahan Modal kendalikan oleh MOMEY RESOURCES (SA0120818-A)carian SSM dan Server Topup adalah dibawah pengurusan zmreload.